Mahkota Herba Age

Daisypath Next Aniversary Ticker

Thursday, April 9, 2009

Setahun Hijrah Stokis Mahkota Herba






Alhamdulilah, kini genap Setahun Perjalanan perniagaan HPA di kedai kami Stokis Mahkota Herba ini pada Selasa 17 March 2009 bersamaan dengan 21 Rabiul Awwal 1430.

Perniagaan dijalankan setengah hari sahaja sehingga pukul 5 petang.Setelah menjelang Asar hingga Maghrib Kami membuat pengiraan stock, dan Jumlah Harga Barang yang ada di dalam kedai untuk tujuan Zakat Perniagaan.

Perniagaan dibuka semula pada keesokan harinya,seperti biasa.

Kami amat bersyukur kepada Allah yang memberi kekuatan dan kesabaran untuk kami jalankan perniagaan makanan dan produk halal ini..kami juga amat berterima kasih kepada PJS Ismail Othman yang banyak memberi tunjuk ajar dari segala segi dan kerjasama yang baik dengan Pihak HPA. Terima Kasih juga kepada Ahli -ahli dibawah naungan kami dan ahli-ahli HPA yang memberi kepercayaan kepada kami dalam menguruskan hal2 MLM dan keahlian serta yang meminta bantuan rawatan dan perubatan.

Terima Kasih yang tak terhingga kepada semua yang bekerjasama dengan kami.

Doakan kejayaan kami di persada perniagaan bumiputera yang halal 100% ini. Kami berharap dapat meluaskan perniagaan kami ini dan dapat membantu lebih ramai lagi ahli-ahli dan pembeli.

Wassallam