Mahkota Herba Age

Daisypath Next Aniversary Ticker

Tuesday, April 21, 2009

Bukti Rokok dan Merokok adalah Haram! Sedarlah Umat Islam.

Assallamualaikum, hampir seminggu saya tidak menulis di blog ini.Atas sebab tugas dan busines yang dalam keadaan Alhamdulilah.

Hari ini saya tertarik untuk menceritakan suatu blog yang telah mengkaji cara hidup Orang Yahudi.Apa yang tertarik pada saya ialah..teks ini menceritakan amalan hidup orang yahudi yang menjaga amalan dan cara hidup seharian demi menjaga keturunan yang cerdik dan bijak. Antara salah satunya adalah mengenai merokok.

Di Israel, merokok adalah di haramkan dan dilarang sekerasnya, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka.

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan dan penyeilidikan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat
pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak(bodoh atau lembab).

Menurut penulis ini kajian yang telah dibuat, dalam teks beliau,

"Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah
menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta,dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma USD$0.70cts !!! dan
hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti
terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah
mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar
sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di
pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah
sendiri."

Lagi dalam teks beliau,

"Merokok menjanjikan generasi yg lembap(bodoh) dan sudah tentu genes bodoh akan
mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat
memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? USD$7!!! ini bersamaan
perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore, dan seperti Israel ianya begitu dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negara Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Walaubagaimana pun pada pendapat saya, merokok juga menjejaskan kesihatan, boleh menyebabkan masalah kardio, boleh menyebabkan kanser paru2 pada si perokok, dan yang menghidunya. Oleh itu langkah kerajaan..untuk menaikkan harga rokok sekotak boleh menjadikan kempen anti-rokok itu lebih berkesan.


p/s: walaubagaimanapun ini hanya semata pendapat saya, pendapat yang lain mungkin setuju atau tidak. Sekian.