Mahkota Herba Age

Daisypath Next Aniversary Ticker

Monday, April 27, 2009

Syampu Pandan dan Syampu Betik di sini!

Terdapat beberapa produk baru akan memenuhi premis kami,
antaranya, jem roselle, jem nenas, syampu betik, syampu pandan dan halwa roselle.
Kunjungi kami, atau hubungi kami utk tempahan: 012-5367316,017-5168816(celcom)Fathira/Oki.Harap Maklum.

Tuesday, April 21, 2009

Bukti Rokok dan Merokok adalah Haram! Sedarlah Umat Islam.

Assallamualaikum, hampir seminggu saya tidak menulis di blog ini.Atas sebab tugas dan busines yang dalam keadaan Alhamdulilah.

Hari ini saya tertarik untuk menceritakan suatu blog yang telah mengkaji cara hidup Orang Yahudi.Apa yang tertarik pada saya ialah..teks ini menceritakan amalan hidup orang yahudi yang menjaga amalan dan cara hidup seharian demi menjaga keturunan yang cerdik dan bijak. Antara salah satunya adalah mengenai merokok.

Di Israel, merokok adalah di haramkan dan dilarang sekerasnya, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka.

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan dan penyeilidikan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat
pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak(bodoh atau lembab).

Menurut penulis ini kajian yang telah dibuat, dalam teks beliau,

"Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah
menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta,dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma USD$0.70cts !!! dan
hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti
terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah
mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar
sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di
pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah
sendiri."

Lagi dalam teks beliau,

"Merokok menjanjikan generasi yg lembap(bodoh) dan sudah tentu genes bodoh akan
mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat
memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? USD$7!!! ini bersamaan
perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore, dan seperti Israel ianya begitu dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negara Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Walaubagaimana pun pada pendapat saya, merokok juga menjejaskan kesihatan, boleh menyebabkan masalah kardio, boleh menyebabkan kanser paru2 pada si perokok, dan yang menghidunya. Oleh itu langkah kerajaan..untuk menaikkan harga rokok sekotak boleh menjadikan kempen anti-rokok itu lebih berkesan.


p/s: walaubagaimanapun ini hanya semata pendapat saya, pendapat yang lain mungkin setuju atau tidak. Sekian.

Thursday, April 9, 2009

Setahun Hijrah Stokis Mahkota Herba






Alhamdulilah, kini genap Setahun Perjalanan perniagaan HPA di kedai kami Stokis Mahkota Herba ini pada Selasa 17 March 2009 bersamaan dengan 21 Rabiul Awwal 1430.

Perniagaan dijalankan setengah hari sahaja sehingga pukul 5 petang.Setelah menjelang Asar hingga Maghrib Kami membuat pengiraan stock, dan Jumlah Harga Barang yang ada di dalam kedai untuk tujuan Zakat Perniagaan.

Perniagaan dibuka semula pada keesokan harinya,seperti biasa.

Kami amat bersyukur kepada Allah yang memberi kekuatan dan kesabaran untuk kami jalankan perniagaan makanan dan produk halal ini..kami juga amat berterima kasih kepada PJS Ismail Othman yang banyak memberi tunjuk ajar dari segala segi dan kerjasama yang baik dengan Pihak HPA. Terima Kasih juga kepada Ahli -ahli dibawah naungan kami dan ahli-ahli HPA yang memberi kepercayaan kepada kami dalam menguruskan hal2 MLM dan keahlian serta yang meminta bantuan rawatan dan perubatan.

Terima Kasih yang tak terhingga kepada semua yang bekerjasama dengan kami.

Doakan kejayaan kami di persada perniagaan bumiputera yang halal 100% ini. Kami berharap dapat meluaskan perniagaan kami ini dan dapat membantu lebih ramai lagi ahli-ahli dan pembeli.

Wassallam

Wednesday, April 8, 2009

Aiskrim Toyibah HPA



Salam semua, aiskrim toyibah (HPA) telah mulai sampai di Ipoh, ia mempunyai 4 perisa iaitu Kopi Radix, Koko , Jagung dan Vanila. Terdapat dua size: 500ml(RM4) & 1.5L(RM8).

Nikmatinya hari ini...dengan membuat pesanan kepada kami :012-536 7316, 017-536 7316.
Rasanya yang sedap,lembut dan halus..Sekian

Saturday, April 4, 2009

KULIAH PERUBATAN JAWI-IPOH 11 APRIL 2009

Pengumuman, Kuliah Perubatan Jawi akan diadakan di Ipoh bersama Pengarah Urusan HPA : Tuan Haji Ismail Bin Ahmad,

Tarikh : 11 april 2009
Waktu: 8 malam
Tempat: DEWAN INTIM (Bersebelahan Masjid Sultan Azlan Shah
Kemasukan:Percuma
Di Jemput semua Ahli Hadir

Thursday, April 2, 2009

Tazkirah

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Wednesday, April 1, 2009

Pertukaran Pada Tarikh Invois

Assallammualaikum...buat pengetahuan ahli ahli HPA, memo terbaru yang kami perolehi, bahawa, pembelian pada tarikh 01/04/09 & 02/04/09 akan di masukkan ke dalam rekod pembelian bulan MAC...harap ambil perhatian perkara ini.Sekian